Kelas 3 Mesra

::Assalamualaikum w.b.t::

Apa khabar cikgu-cikgu semua? Alhamdulillah, jika anda masih sihat untuk meneruskan perjuangan dan jasa bakti mendidik anak bangsa tercinta. Cerita cikgu kali ini adalah mengenai kelas 3 Mesra dan juga Cikgu Daniel yang rasanya amat perlu dibantu sebelum bertambah parah keadaan mereka. mari kita lihat masalah yang dihadapi oleh kelas 3 Mesra.

“Ish ish....apa nak jadi dengan kelas ni”, keluh Cikgu Daniel setiap kali masuk kelas 3 Mesra.” Murid-murid, sila duduk di tempat masing-masing”, arah Cikgu Daniel. Semua murid tidak mengendahkan arahan Cikgu Daniel. Cikgu Daniel terus memulakan pengajaran pada waktu itu tanpa mempedulikan murid-murid yang masih berkeliaran dalam bilik darjahnya. Apabila sesi pengajran berakhir, Cikgu Daniel terus meninggalkan kelas tanpa mempedulikan murid-murid yang masih leka dengan hal masing-masing.

Apa pendapat cikgu-cikgu mengenai masalah mereka ini? Jom! komen dan berkongsi idea dengan kami. ^_^



1 comment:

  1. Assalamualaikum, pada pendapat saya aktiviti yang paling sesuai dijalankan ialah aktiviti yang melibatkan pergerakan seperti simulasi, main peranan dan sebagainya untuk mengelakkan murid cepat bosan. :)

    ReplyDelete