Aktiviti 1


Tajuk: Jom jadi Cikgu!

Jenis: Simulasi

Penerangan: Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka Edisi Kelima, simulasi merupakan perbuatan (latihan dll) yang berasaskan atau menggunakan sesuatu yang direka atau dibuat-buat tetapi yg mirip kepada atau hampir dengan yang sebenarnya.

Oleh itu, mengikut keadaan masalah disiplin yang berlaku dalam kelas 3 Mesra, Cikgu Daniel boleh menarik perhatian murid dengan membuat aktiviti simulasi yang memberi peluang kepada semua muridnya terlibat. Hasilnya, murid tidak akan merasa bosan dan sentiasa ingin terlibat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran(P&P).

Bersesuaian juga dengan murid pada tahun 3, aktiviti ini menjana pemikiran dan idea yang baik sebagai latihan atau pendedahan awal kepada murid dalam dunia luar yang sebenar.

Alatan yang diperlukan:
1.                  Kad manila
2.                  Gam
3.                  Gunting
4.                  Pen marker
*Menggunakan keseluruhan peralatan bilik darjah*

Prosedur aktiviti:
1.                  Sebelum
a.         Menyediakan tag nama bagi watak masing-masing. Contoh: GURU, MURID BAIK, MURID NAKAL, KETUA DARJAH, PENOLONG KETUA DARJAH, PENDIAM, SUKA BERTANYA
b.          Guru mewujudkan situasi: Seorang guru sedang mengajar subjek Matematik. Namun terdapat beberapa kumpulan murid iaitu kumpulan yang suka membuat bising, kumpulan yang sangat pendiam dan kumpulan yang suka bertanya. Bagaimanakah guru ingin mengajar pelbagai jenis murid tersebut?

2.                  Semasa
a.               Guru memilih murid-murid yang akan mengambil peranan watak-watak yang telah disediakan.
b.            Murid diminta menjalankan simulasi berdasarkan situasi yang telah ditetapkan.

3.                  Selepas
a.                 Guru berbincang dengan murid lakonan yang telah selesai dijalankan.
b.                Guru membimbing murid membuat rumusan yang mengaitkan konsep disiplin bilik darjah.

4.                  Kekuatan:
a.        Memberi murid gambaran sebenar seorang guru yang tidak dihormati oleh muridnya.
b.          Melatih murid tanggungjawab dalam kelas sebagai ketua darjah, penolong ketua darjah dan tanggungjawab sebagai murid.
c.                 Melatih sikap hormat-menghormati terutama kepada guru.

Kesimpulannya, dengan aktiviti ini, secara tidak langsung Cikgu Daniel dapat memberitahu murid kelasnya bahawa mereka tidak hormati beliau dalam kelas apabila P&P berjalan. Dengan aktiviti simulasi ini diharapkan dalam meningkatkan suasana positif dalam bilik darjah.


6 comments:

  1. bagus, aktiviti sebegini memberi kesedaran awal kepad murid supaya memahami apa itu hormat kepada guru :) teruskan usaha.

    ReplyDelete
  2. aktiviti ini sedikit terkesan jika murid faham mengenai objektif guru. mungkin pada permulaanya, guru boleh membuat aktiviti simulasi yang berbentuks santai seperti simulasi salam pesawat kapal terbang dan sebagainya. teruskan usaha :)

    ReplyDelete
  3. perlu komen ke? hehehehehe :D

    ok ini serius.

    aktiviti ini sesuai dijalankan pada awal tahun. pemantauan oleh guru terhadap keberkesanan ini boleh dijalankan sepanjang tahun. sekiranya masih tidak berkesan, guru harus tampil dengan aktiviti yang lain atau boleh juga mengulangi aktiviti ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus pendapat Dunia Guru.. aktiviti ini hanyalah cadangan kepada Cikgu Daniel dalam menguruskan kelas 3 Mesra da juga panduan buat guru-guru yang lain :)

      Delete
  4. aktiviti ini sangat tersirat...disamping murid enjoy, murid dapat menyedari kesalahan mereka...good job...great idea comes from the great person!!!

    ReplyDelete