Friday 8 March 2013

LITERATUR PENGURUSAN BILIK DARJAH



Bilik Darjah Dahulu
Bilik Darjah Kini










             Pengurusan Bilik Darjah  dan Tingkah Laku kini menjadi suatu isu penting yang patut dibincangkan kepada bakal guru masa. Ini disebabkan oleh cabaran mereka terhadap zaman modenisasi yang telah menongkah arus globalisasi yang membawa perbezaan terhadap kanak-kanak dahulu dan zaman kini serta ibu bapa dulu dan kini. Perubahan seperti ini akan memberi kesan yang besar kepada Pengajaran dan Pembelajaran atau standard pengajaran guru di sekolah. 

Jadi pelbagai soalan mulai timbul, "Bagaimanakah cara bagi menguruskan bilik darjah?" dan " Bagaimanakah untuk melaksanakannya dengan berkesan?". Semua persoalan ini akan terjawab, jika semua pihak bersama-sama berganding bahu bagi merealisasikan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang sejajar dengan perubahan ini. 


Definasi Pengurusan Bilik Darjah (PBD) : 

Menurut Alberto & Troutman (1986) : 

  • PBD sebagai kemahiran guru menguruskan masa, ruang, sumber pembelajaran, peranan dan tingkah laku murid dalam menyediakan suatu iklim yang sesuai untuk pembelajaran. 


Menurut Lemlech (1988) : 

  • PBD sebagai orkestra dalam kehidupan di bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan prosedur dan sumber pengajaran.
  • Beliau menekankan kepentingan dalam penyususnan fizikal bilik dark]jah bagi memaksimumkan keberkesanan, pemantauan perkembangan murid serta tanggungjawab guru dalam berfikir jalan penyelesaian kepada masalah-masalah yang bakal timbul.

Menurut Richards (1990) : 

  • PBD sebagai organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. 


Menurut Hall (2000) : 

  • PBD melibatkan aspek memotivasikan pelajar untuk belajar, menyediakan arahan dan maklumat yang bersesuain dan mengurus kerja murid. 
  • Pengurusan yang efektif dalam bilik darjah haruslah bersifat proaktif, responsif dan menyokong. 

Kesimpulannya, PBD adalah cara untuk guru mengelola dan mengawal perlaksanaan PnP dalam bilik darjah. 




4 comments:

  1. blog yg menarik....simple ttapi penuh imput...tahniah..bulih bah klau kaw!!

    ReplyDelete
  2. tahniah.... good job....

    blog yg menarik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, masih mencuba yang terbaik :)

      Delete