Saturday 16 March 2013

Ragam Di Sekolah

JOM CHECK LIST HATI.
.
Situasi 1 : Guru tidak seharusnya memarahi murid di hadapan kelas dengan suara yang lantang yang boleh menganggu ketenteraman PndP murid-murid di kelas yang lain. 



Situasi 2 : Seeorang guru itu tidak diiktiraf sebagai seorang guru yang profesional, jika mereka belum melepasi syarat atau latihan/ kursus keguruan. 



Situasi 3 : Guru merupakan tokoh tauladan kepada murid. Jadi hendaklah mereka menunjukkan akhlak yang baik walaupun pada sekecil-kecil perkara.


Situasi 4 : Duhai cikgu, Bila kerja...kerjalah dengan betul... Jangan bekerja seperti melepaskan batuk di tangga. 


Situasi 5 : Dalam banyak-banyak anak didik kita di dalam kelas, pasti ada yang lain dari yang lain... Jadi terimalah mereka seadanya.. Betulkan salah mereka dengan hikmah dan sabar. 



Situasi 6 : Siapakah yang harus dipersalahkan ?



Situasi 7 : Relevenkah "handset" di sekolah?


Situasi 8 : Matlamat tidak menghalalkan cara. Guru harus menerangkan matlamat dengan jelas kepada murid, agar perkara yang tidak diinginkan tidak terjadi. 


Situasi 9 : Isu yang timbul apabila PPSMI diwujudkan.



Situasi 10 : Pentingnya untuk seorang guru memahami istilah yang betul apabila PPSMI dimansuhkan, agar murid-murid tidak keliru. 


Pesanan :

Duhai guru,
Kamu petunjuk bagi mereka,
Yang merangkak dalam kegelapan,
Yang dahagakan didikan,
Yang mahukan pimpinan tangan.

Jadi...ayuh..
Ayuh kita bersama-sama,
Jangan menoleh ke belakang,
Pandanglah ke hadapan,
Demi memajukan anak didik,
Hingga ke puncak kejayaan...

Lawak Budak Sekolah

Apabila mereka pandai menulis :)

Sebagai seorang guru, kita akan dapat melihat pelbagai kerenah atau telatah murid-murid yang semakin membesar dalam mengenal erti hidup. Guru hendaklah membimbing mereka dalam mengenal pasti apa yang boleh mereka lakukan dan apa yang tidak boleh mereka lakukan.

 Masalah disiplin sering berlaku atas faktor murid itu sendiri yang tidak mengetahui bahawa mereka sedang melakukan perlanggaran undang-undang / peraturan sekolah. Jadi, adalah satu perkara penting untuk membetulkan mereka di saat mereka memerlukan perhatian dan tunjuk ajar kita. 

JADI CIKGU??? APA DITUNGGU LAGI??? BERGERAK SEKARANG!!!!

Jom baca karya-karya kreatif murid-murid kita......

Esei : Terima kasih ATUK ..:)



Esei : Kisah SERAM ku..


Esei : MADAH cinta budak kecik!


Esei : Kejujuran seorang BUDAK SEKOLAH RENDAH.


Esei : MalaEng??


Esei : Siapa CIKGU nie??


Esei : Cinta MONKEY..


Friday 8 March 2013

LITERATUR PENGURUSAN BILIK DARJAH



Bilik Darjah Dahulu
Bilik Darjah Kini










             Pengurusan Bilik Darjah  dan Tingkah Laku kini menjadi suatu isu penting yang patut dibincangkan kepada bakal guru masa. Ini disebabkan oleh cabaran mereka terhadap zaman modenisasi yang telah menongkah arus globalisasi yang membawa perbezaan terhadap kanak-kanak dahulu dan zaman kini serta ibu bapa dulu dan kini. Perubahan seperti ini akan memberi kesan yang besar kepada Pengajaran dan Pembelajaran atau standard pengajaran guru di sekolah. 

Jadi pelbagai soalan mulai timbul, "Bagaimanakah cara bagi menguruskan bilik darjah?" dan " Bagaimanakah untuk melaksanakannya dengan berkesan?". Semua persoalan ini akan terjawab, jika semua pihak bersama-sama berganding bahu bagi merealisasikan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang sejajar dengan perubahan ini. 


Definasi Pengurusan Bilik Darjah (PBD) : 

Menurut Alberto & Troutman (1986) : 

  • PBD sebagai kemahiran guru menguruskan masa, ruang, sumber pembelajaran, peranan dan tingkah laku murid dalam menyediakan suatu iklim yang sesuai untuk pembelajaran. 


Menurut Lemlech (1988) : 

  • PBD sebagai orkestra dalam kehidupan di bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan prosedur dan sumber pengajaran.
  • Beliau menekankan kepentingan dalam penyususnan fizikal bilik dark]jah bagi memaksimumkan keberkesanan, pemantauan perkembangan murid serta tanggungjawab guru dalam berfikir jalan penyelesaian kepada masalah-masalah yang bakal timbul.

Menurut Richards (1990) : 

  • PBD sebagai organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. 


Menurut Hall (2000) : 

  • PBD melibatkan aspek memotivasikan pelajar untuk belajar, menyediakan arahan dan maklumat yang bersesuain dan mengurus kerja murid. 
  • Pengurusan yang efektif dalam bilik darjah haruslah bersifat proaktif, responsif dan menyokong. 

Kesimpulannya, PBD adalah cara untuk guru mengelola dan mengawal perlaksanaan PnP dalam bilik darjah.