Aktiviti 2


Tajuk : Cantum Peribahasa

Jenis : Pembelajaran Koperatif 

Penerangan :


Pembelajaran Koperatif ialah pembelajaran yang menggunakan arahan-arahan kepada kumpulan kecil di mana murid-murid bekerjasama untuk meningkatkan kemampuan belajar sesama sendiri.( Johnson,johnsom & Smith, 1991).   



Pendekatan Konseptual ini lebih daripada sekadar kerja berkumpulan. Pembelajaran ini merupakan cara di mana kerja kumpulan disusun,dirancang dan dikendalikan dengan teliti (Jacob,1997,Johnson & Johnson,1994,Ng & Lee,1996 ). Pengajaran ini dilakukan  terhadap murid supaya dapat memperlihatkan hasil yang berkesan dan menggalakkan murid bekerjasama dalam sebuah kumpulan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Di samping itu dapat meningkatkan kemahiran berfikir dalam kalangan murid kelas 3 Mesra. 


Alatan : 
1. Kertas
2. Bakul
3. Sampul surat
4. Pita pelekat

Prosedur Aktiviti :


1. Setiap murid dikehendaki untuk mengambil satu sampul surat dalam bakul di hadapan kelas.

2. Mereka dikehendaki untuk mencari ahli kumpulan mereka dengan mengenalpasti warna kertas yang ada di dalam sampul surat tersebut.
3. Setelah berjaya mengumpulkan semua ahli kumpulan, mereka hendaklah mencantum kertas tersebut agar menjadi satu peribahasa Melayu.
4. Setelah berjaya mencantumkan kertas tersebut menjadi satu peribahasa yang lengkap, gunakan pita pelekat untuk mencantumkannya di papan hitam di hadapan kelas. 
5. Kemudian, setiap ahli kumpulan hendaklah menghafal peribahasa dan maksud peribahasa tersebut dengan lancar. 
6. Kumpulan yang berjaya menghafal dan menerangkan maksud peribahasa dengan betul, dikira sebagai pemenang. 



Kekuatan : 


Murid-murid dididik untuk menghormati rakan-rakan sekumpulan, yang mana setiap fasa aktiviti ini, mereka hendaklah bergerak bersama-sama. Nilai kasih sayang dan hormat menghormati sesama mereka juga dapat dipupuk hasil daripada pembelajaran peribahasa Melayu yang banyak menyentuh kepada nilai-nilai murni masyarakat. 



Kesimpulannya, para guru dapat mengawal kelas dengan baik jika mereka kreatif dan mengambil berat di atas pembelajaran yang diingini oleh murid mereka. Cuba menjadi SAHABAT kepada murid. 



Apa yang penting..??? Tegas tetapi ada kasih sayang dan berhemah.


No comments:

Post a Comment