Aktiviti 4

Aktiviti 4 : 



Tajuk : Kekuatan Diri

Jenis : Permainan Individu

Penerangan : 

Bukan semua permainan itu harus dikelola dalam bentuk berkumpulan. Bermain dengan bahan kitar semula merupakan sesuatu permainan yang menjimatkan masa dan dapat menjaga alam sekitar. Walaupun permainan ini dilihat sangat mudah dan sedang, tetapi ia  membawa suatu makna yang tersendiri. Jika diamati, bukan semua murid boleh melakukan aktiviti secara berkumpulan, jadi guru boleh mempelbagaikan corak permainan kepada individu ataupun berpasangan. Permainan ini juga mempunyai kekuatan yang dapat membantu murid yang mempunyai sikap yang suka menyendiri atau introvert. 

Alatan yang diperlukan : 

1. Straw
2. Bola
3. Pita pelekat

Prosedur Aktiviti : 

1. Sediakan straw sebanyak 30 batang bagi setiap murid.
3. Bagitahu murid bahawa mereka diminta untuk membina menara yang melambangkan kekuatan diri mereka.
2. Mereka diberi masa selama 5 minit bagi menyiapkan menara diri mereka dengan meletakkan syarat:
    - menara paling tinggi dan kuat dikira sebagai pemenang. 
3. Kekuatan menara dikira dengan melihat adakah menara straw tersebut dapat menampung berat bola atau tidak.
4. Murid yang berjaya membina menara yang kukuh dan menerangkan dengan jelas kekuatan diri mereka di hadapan kelas, dikira sebagai pemenang. 


Kebaikan : 

Melalui aktiviti ini, murid dapat meningkatkan keyakinan diri mereka. Mereka akan berusaha untuk  membina menara straw yang melambangkan kekuatan diri mereka. Mereka akan bersaing secara sihat antara rakan yang lain. 

Selain itu, adalah tugas guru untuk membina semangat dan motivasi mereka agar mereka tidak malu untuk menunjukkan potensi diri kepada rakan yang lain.




No comments:

Post a Comment