Aktiviti 3




Tajuk: Jom Cantum!

Jenis: Games

Penerangan:
Kebanyakkannya, aktiviti di dalam bilik darjah yang melibatkan permainan dan sebagainya dapat menarik minat murid untuk terlibat dengan P&P di dalam kelas. Oleh itu, mengikut keadaan masalah disiplin yang berlaku dalam kelas 3 Mesra, Cikgu Daniel boleh menarik perhatian murid dengan membuat aktiviti permainan yang melibatkan semua murid bekerjasama melaksanakan permainan berbentuk puzzle.
Bersesuaian juga dengan murid pada tahun 3, aktiviti ini menjana pemikiran dan idea yang baik sebagai latihan atau pendedahan awal kepada murid dalam dunia luar yang sebenar.

Alatan yang diperlukan:
1.         Kepingan puzzle yang bergambar haiwan atau yang mudah dalam kuantiti yang banyak.
2.         Kantung kain yang berwarna-warni untuk menyimpan kepingan puzzle.
Prosedur aktiviti:
5.         Sebelum
a.        Membahagikan kepingan puzzle tersebut dalam 5 bungkusan.

6.         Semasa
a.        Guru membahagikan muridnya kepada 5 kumpulan. Dan ketua bagi setiap kumpulan dipilih.
b.        Setiap kumpulan diberikan satu kantung yang berisi kepingan puzzle.
c.         Guru meminta ketua kumpulan memberi setiap ahli kumpulannya sekeping kepingan puzzle.
d.        Dalam masa 10 minit, semua murid perlulah bekerjasama mencantumkan kepingan-kepingan puzzle tersebut dengan tepat.

7.         Selepas
a.        Guru berbincang dengan murid permainan yang selesai dijalankan.
b.        Guru membimbing murid membuat rumusan mengaitkan konsep bekerjasama, konsep adil, konsep memimpin dan sebagainya.

8.         Kekuatan:
a.        Memberi murid latihan dalam berkumpulan.
b.        Melatih murid untuk memimpin rakan-rakan mereka.
c.         Memupuk semangat bekerjasama dan saling bertolak ansur.

Kesimpulannya, dengan aktiviti ini, secara tidak langsung Cikgu Daniel dapat membantu muridnya untuk bekerjasama sebagai satu keluarga besar di dalam kelas 3 Mesra. Diharapkan dengan aktiviti ini, Hubungan Cikgu Daniel dan muridnya bertambah erat sekali gus menjadikan suasana pembelajaran menjadi positif.


No comments:

Post a Comment